Tuesday, 27 March 2018

Tom Yam


Hi & Assalamualaikum,
      Gais, tiba-tiba aku rasa nak makan tom yam yang mak aku selalu buat huhu. Tom yam salah satu makanan favorite aku. Bila mak aku buat tom yam je, apa lagi aku dah ready berlari macam Usain Bolt amik pinggan mangkuk sudu garfu semua hahaha (anak malas tak nak tolong tapi makan je tahu hehe sorry mak). Selalu mak aku buat tom yam, aku perhatikan je. So ni lah bahan & cara dia :

Bahan
·         Garam
·         Dada ayam (potong kecik ikut saiz kau nak), udang, sotong & cendawan
·         Bawang besar (hiris)
·         Serai (titik)
·         Susu pekat
·         Lengkuas (titik)
·         Daun limau purut (koyakkan)
·         Cili padi
·         Jus limau nipis
·         Daun ketumbar
·         Tomato
·         Pes tom yam (mak aku guna pes tom yam dari Thailand, lupa pulak nama dia)

Cara
1.       Masukkan air & pes tom yam dalam periuk then masak sampai mendidih
2.       Masukkan serai, lengkuas, daun limau purut & bawang besar
3.       Then masukkan dada ayam, udang, sotong, cendawan & tomato tadi
4.       Masukkan jus limau nipis & tambahkan garam secukup rasa
5.       Tambahkan susu pekat sikit je
6.       Sebelum hidang, taburkan hirisan daun ketumbar, lagi banyak lagi sedap
7.       Amik pinggan mangkuk sudu garfu beserta nasi, makannnn!

Kuantiti bahan semua ikut serving korang sendiri ya. Selamat menjamu selera!


Thursday, 22 March 2018

Homesick & Cara Basmi


Hi & Assalamualaikum,
      Pernah tak korang homesick bila berjauhan dengan family? Eleh tipulah kalau tak pernah walaupun korang lelaki kannnn. Perasaan ni normal apa sebab dia berkait dengan kasih sayang & rasa selamat. Kasih sayang biasanya berkait bila kat rumah. Rumah lah tempat pertama kau rasa perasaan kasih sayang yang sebenar bila mak ayah family kau layan & jaga kau. Sebab tu lah bila sampai masa berjauhan dari rumah (untuk tujuan sambung belajar atau bekerja), perasaan homesick ni menghinggap kat diri kau. Penyakit homesick ni selalu dihidapi oleh student-student. Eh tak jugak, yang bukan students contohnya orang yang diarahkan bertugas atau bekerja jauh dari rumah pun rasa homesick. Lumrahlah kalau kau rasa homesick bila keluar dari rumah & tinggalkan family yedok? Sesetengah students ada je tak dapat deal dengan homesick ni. Banyak faktor dia. Contoh utama tak ada pengalaman berjauhan & personaliti masing-masing jugak. Tu yang ada kes stress & selalu menyendiri. Aku pun pernah rasa homesick ni. Tipu kalau tak pernah. Aku ada some tips yang aku nak share dengan korang untuk hilangkan sikit homesick.

 1. Kawan.
Kawan ni lah keluarga bila kau kat uni. First je kau jejak masuk uni, kau jangan fikir belajar dulu (pada pandangan aku lah). Tak payah sibuk fikir eh nak belajar apa eh, aduh barang belajar nak kena prepare ni. Ye saya faham semua tu. Tapi percaya cakap aku, kau akan start belajar dalam minggu ke-2 tak pun minggu ke-3 lepas kau masuk uni. So masa 1st week tu kan orientasi, ha tang ni lah peluang kau nak cari member. Cari member yang sekos, sefakulti, senegeri, sebilik & jodoh mungkin (eh tak ni hold dulu). Tapi hati-hati dalam pilih kawan, cari kawan yang boleh bimbing kau ke jalan betul ye sayangku. Buang sifat sombong & malu dalam diri kau. Bila kau dah seronok berkawan, tak adanya kau nak sedih-sedih mereput homesick haha.

2. Busy kan diri dengan aktiviti.
Kau trylah masuk mana-mana aktiviti atau persatuan. Contohnya macam aktiviti sukarelawan, persatuan kebudayaan, sukan ke. Ikut minat masing-masing. Dengan cara ni, kau akan lupa perasaan homesick kau tu sebab kau sibuk dengan aktiviti & tak ada masa pun nak melayan perasaan haha. Dulu masa kat Matrik aku masuk teater & jadi coach badminton hahaha kelakarkan. Di samping tu kau dapat kembangkan minat & bakat kau. Tapi jangan lupa & abaikan pelajaran pulak ya.

3. Elak bersendirian.
Ni homesickers selalu buat. Bila roommate tak ada, selalu tutup langsir, landing atas katil, tengok gambar-gambar family dalam phone sambil pasang lagu sedih. Ee babap kang! Benda ni lah paling utama kau kena elak. Memang tak salah kau tengok gambar-gambar family kau, tapi jangan sampai melarat lemau homesicknya tu. Apa kata bila kau tak ada benda nak buat, try ubah. Macam petang-petang tu kau keluar, riadah berjogging ke & sambil tu boleh hirup udara segar. Tak pun lepak dengan member kejap, mem-bawang (gossip) ke, study sama ke. Ha taklah mereput jadi zombie hidup dalam bilik.

4. Mindset.
Ni penting. Kau tanamkan dalam otak kau, kau keluar rumah & tinggalkan family bukan urusan saja-saja. Ni semua pengorbanan kau untuk menuntut ilmu. Hasil nanti pun untuk diri kau & family kau jugak. Lagi satu, aku suka quotes (bukan quotes sangatlah) macam gambar bawah tu. Dengan cara ni kau boleh cabar diri kau untuk jadi lebih berani & berdikari.




5.  Ibadah.
Aspek rohani jangan lupa. Bagi yang beragama Islam, masa lepas solat doa. Doa seikhlas ikhlasnya. Bagi hati supaya hati terang untuk terima ilmu, berubah jadi seorang yang lebih baik dari sebelum ni, jadi anak yang baik. Jangan lupa jugak baca Al-Quran sebab Quran ni cara terbaik untuk tenangkan diri kau & ubat segala kesedihan kau. Bila hati tenang, kau dapat deal dengan diri kau sendiri.

 6. Call/ video call
Bila kau dah homesick sangat, call atau video call lah dengan family kau. Sekarang zaman teknologi kan? Apa susah hehehe. Tanya khabar diorang, mintak diorang kata-kata motivasi & semangat. Bukan nak jadikan kau lagi lembik bila call family korang, tapi sebagai semangat & kekuatan untuk kau teruskan hidup.

7. Menangis
Aku tak sure benda ni orang lain buat ke tak. Tapi aku buat lagi-lagi masa mandi bawah shower huhu. Bila kau sedih atau rasa homesick tu dah menebal, kau menangislah. Tak apa, biarkan bila orang cakap kau lembik & hati sayur sebab nangis. Diorang tak tahu apa-apa, pedulikan. Tapi menangis tu jangan lebih-lebih. Cukuplah kau lepaskan segala rasa beban. Lepas nangis ni kan, percaya cakap aku, rasa beban & penat tu hilang. Walaupun kau lelaki, menangislah. Ada ke orang tak ada perasaan & tak pernah nangis? Dan janji dengan diri kau, lepas nangis, lepas kau lepaskan rasa bebanan ni kau kena kuat & kembalikan balik senyuman kat bibir kau. Kau sendiri yang corakkan hidup kau. Percaya diri kau.

      Apa-apa pun, kuatkan semangat. Kau dah besar kan? Tak kan nak duduk rumah sampai tamat hayat kau & duduk bawah ketiak family kau je. Belajar berdikari. Lagi satu, kalau nangis jangan depan parents kau. Ni lagi buatkan family kau risau pasal kau. Mak ayah mana tak sayang anak oi? Korang boleh! Kentalkan hati & pedulikan orang nak cakap apa. Diri kau & kau sendiri tahu. Nah warm hug haha. Dahlah, penat menaip. Ni korang jangan nangis pulak ek! Bye bye!

Monday, 5 March 2018

Lipas Boleh Hidup Tanpa Kepala?

Hello Huuumannnn!

Assalamualaikum & Hi,

      Ok gais entry kali ni aku nak cerita pasal lipas? Korang tahu tak actually lipas boleh hidup tanpa kepala for weeks? (eh ke aku sorang je baru tahu?). Mesti korang tertanya-tanya why lipas? Tak ada topik lain ke? Kenapa tiba-tiba topik lipas? Wait wait, biar aku explain. Actually, ni adalah research topic for my assignment. Bila aku dapat tahu lipas boleh hidup tanpa kepala beliau, I was like omg amaaaazziinnggggggg & FYI aku takut lipas (more to geli lah). Normal lah kan gegirls takut lipas, bro-bro kat luar sana tu ada je kaannn ha baik ngakuuu. Aku tetap nak cerita pasal topik ni sebab for me unik kan lipas tanpa kepala alolo comel. So aku nak sembang sikit, betul ke lipas boleh hidup tanpa kepala & manusia pun boleh ke hidup tanpa kepala? Aku just terangkan secara ringkas mengikut pembacaan & kefahaman aku.

       Ok first, kemusnahan pada manusia boleh sebabkan kehilangan darah & penurunan tekanan darah boleh halang pengangkutan oksigen & nutrition pada tisu kita. Untuk tambahan, dalam badan manusia ada 5-6 liter darah. Kalau hilang 1 liter darah boleh membawa kepada renjatan & the worst if hilang lebih dari 1 liter darah boleh sebabkan kematian. Second, manusia bernafas melalui hidung or mulut dan otak mengawal fungsi kritikal (contoh fungsi kritikal hati if im not mistaken, correct me if im wrong), jadi pernafasan akan berhenti. And yes, kita tidak boleh makan tanpa kepala kan gais hahaha.

      Beralih kepada topik lipas, lipas ni pulak tak ada tekanan darah macam manusia. Makhluk ni tak ada saluran darah yang besar (vena & arteri) atau kapilari darah yang kecil macam yang kita perlukan untuk alirkan darah. Lipas cuma ada sistem peredaran terbuka & tekanan yang kurang. Jadi bila korang putuskan or potong kepala lipas, tak ada pendarahan yang maksimum pun. Kalau korang berani, try lah tapi aku syorkan jangan lah ek, kesian lipas tu oi! Plus, otak lipas tak handle pernafasan & darah tak membawa oksigen ke seluruh badan. Udara beredar secara langsung ke tisu melalui satu set tiub (trakea). Lipas juga ‘Poikilotherms’ (berdarah sejuk) & hanya perlukan lebih sedikit makanan daripada manusia. FYI, bukan badan je yang dapat bertahan gais, kepala lipas yang tercabut pun boleh berkembang tau tapi beberapa jam je. If diberikan nutrien, kepala lipas boleh bertahan lagi lama. Fuhhhhh.

      Okaylah, cukup untuk penjelasan ringkas dari aku. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, tanya uncle Google sendiri. Maklumat ni pun aku dapat dari uncle Google & tambahan tu ikut kefahaman aku masa ikut kursus BSMM. Lepas ni bila kau nampak lipas kat mana-mana, jangan gatai tangan tu nak cabut kepala dia. Hempuk satgi & kalau kau nampak lipas tanpa kepala lalu depan kau dengan slamber badak, jangan kau cakap tu alien tanpa kepala pulak hahaha. Ok lah, bye!

Puding Karamel

*Gambar ihsan uncle Google Hi & Assalamualaikum semua!       Siapa dulu tak suka puding karamel sebab selalu beli/ orang bagi ...