Saturday, 28 April 2018

CPR


Assalamualaikum & Hi,
      “CPR tu apa? Yang ada cium mulut tu ke?” Amboi, itu je kau ingat eh. Aku hempuk satg kang. Ok aku terangkan secara ringkas. CPR (Cardio Pulmonary Resuscitation atau pemulihan kardio pulmonari) adalah tindakan cemas yang dilakukan apabila jantung & paru-paru berhenti berfungsi kira macam tak ada nadi & tak ada nafas. CPR merupakan rawatan pertama kepada mangsa sebelum ambulans tiba atau mangsa mula bernafas semula. CPR untuk kekalkan darah beroksigen ke otak & organ-organ lain. CPR bukan untuk orang lemas dalam kolam ke sungai je eh. Aku highlight kan balik, bila mangsa tiada nadi & nafas, perlukan CPR. Actually CPR ni perlu dilakukan oleh manusia yang telah diberi latihan formal, but if nyawa mangsa bergantung pada CPR & korang ler kena buat.

      Prinsip asas CPR (DRCAB - akronim untuk prinsip asas CPR)
DDanger (Check sekeliling mangsa, ada bahaya atau tak. Contoh bahaya, kayu menghempap mangsa, benda tajam disekeliling mangsa. Elakkan menolak/ mengangkat badan mangsa untuk periksa bawah badan sebab berkemungkinan mangsa mengalami patah tulang belakang)

R Respons (Tepuk bahu mangsa & panggilan “Hello, hello?” atau “Sir, are you okay?” sebanyak 3 kali kat telinga mangsa untuk kenalpasti kesedaran mangsa. Kalau tak ada respons, dalam masa yang sama korang mintak tolong orang sekeliling yang ada. Point kan kepada seorang sahaja & cakap “Encik, tolong call kan 999 ambulans & laporkan kepada saya semula. Bawa alat AED sekali jika ada. Terima kasih”. After that, korang periksa mangsa semula sama ada dia ada lakukan 3 B ni atau tak – Bernafas atau Bergerak atau Batuk. If tak ada, seterusnya circulation)

CCirculation/ Compression (Langkah ni untuk mengekalkan peredaran darah & dilakukan bila tiada nadi & nafas. Tumit tangan (2 tangan untuk dewasa, 1 tangan untuk kanak-kanak & 2 jari untuk baby) perlu menekan mid sternum mangsa yang sekitar 2 jari dari atas hulu hati. Ok posisi bila lakukan tekanan is kaki korang mestilah melulut depan mangsa antara bahu & pinggang. Jari kaki kena lentikkan. Lengan mesti lurus, tak moh bengkok. Then gunakan berat badan korang untuk lakukan tekanan. Tekanan mestilah sedalam 2 inchi untuk dewasa (>8 tahun), 1.5 inchi untuk kanak-kanak (1-8 tahun) & 1 inchi untuk baby (<1 tahun). Sebanyak 30 tekanan satu kitaran)





AAirway (Pastikan saluran pernafasan dibuka dengan segera. Masa nak buat bantuan pernafasan mulut ke mulut, donggakkan kepala mangsa ke belakang, tarik dagu mangsa dengan cermat & hidung dipicit)



BBreathing (Bantuan pernafasan diberikan jika mangsa tu tidak bernafas. Lepas saluran pernafasan dibuka, berikan 2 hembusan dalam satu kitaran)

*Satu kitaran lengkap adalah 30 tekanan & 2 kali hembusan

Bila CPR boleh dihentikan?
-          Bila bantuan @ ambulans dah sampai.
-          Mangsa telah sedar (then buat posisi pemulihan)
-          Tak larat (Habiskan 5 cycle & gantikan dengan individu lain)

      Ok sekian dari sis yang masih baru berjinak-jinak untuk belajar. Kalau salah, tolong betulkan sis. Ok dah, bye semua!

No comments:

Post a Comment

Puding Karamel

*Gambar ihsan uncle Google Hi & Assalamualaikum semua!       Siapa dulu tak suka puding karamel sebab selalu beli/ orang bagi ...