![]() |
Hello Huuumannnn! |
Assalamualaikum & Hi,
Ok gais entry
kali ni aku nak cerita pasal lipas? Korang tahu tak actually lipas boleh hidup
tanpa kepala for weeks? (eh ke aku sorang je baru tahu?). Mesti korang tertanya-tanya why lipas? Tak ada topik lain ke? Kenapa tiba-tiba
topik lipas? Wait wait, biar aku explain. Actually, ni adalah research topic
for my assignment. Bila aku dapat tahu lipas boleh
hidup tanpa kepala beliau, I was like omg amaaaazziinnggggggg & FYI aku takut lipas (more to geli
lah). Normal lah kan gegirls takut lipas, bro-bro kat luar sana tu ada je
kaannn ha baik ngakuuu. Aku tetap nak cerita pasal topik ni sebab for me
unik kan lipas tanpa kepala alolo comel. So aku nak sembang sikit, betul
ke lipas boleh hidup tanpa kepala & manusia pun boleh ke hidup tanpa
kepala? Aku just terangkan secara ringkas mengikut pembacaan & kefahaman
aku.
Ok first, kemusnahan pada manusia boleh
sebabkan kehilangan darah & penurunan tekanan darah boleh halang pengangkutan
oksigen & nutrition pada tisu kita. Untuk tambahan, dalam badan manusia ada
5-6 liter darah. Kalau hilang 1 liter darah boleh membawa kepada renjatan &
the worst if hilang lebih dari 1 liter darah boleh sebabkan kematian. Second,
manusia bernafas melalui hidung or mulut dan otak mengawal fungsi kritikal (contoh
fungsi kritikal hati if im not mistaken, correct me if im wrong), jadi
pernafasan akan berhenti. And yes, kita tidak boleh makan tanpa kepala kan gais
hahaha.
Beralih kepada topik lipas, lipas ni pulak tak ada
tekanan darah macam manusia. Makhluk ni tak ada saluran darah
yang besar (vena & arteri) atau kapilari darah yang kecil macam yang kita
perlukan untuk alirkan darah. Lipas cuma ada sistem peredaran terbuka &
tekanan yang kurang. Jadi bila korang putuskan or potong kepala lipas, tak ada
pendarahan yang maksimum pun. Kalau korang berani, try lah tapi aku syorkan
jangan lah ek, kesian lipas tu oi! Plus, otak lipas tak handle pernafasan &
darah tak membawa oksigen ke seluruh badan. Udara beredar secara langsung ke
tisu melalui satu set tiub (trakea). Lipas juga ‘Poikilotherms’ (berdarah sejuk)
& hanya perlukan lebih sedikit makanan daripada manusia. FYI, bukan
badan je yang dapat bertahan gais, kepala lipas yang tercabut pun boleh
berkembang tau tapi beberapa jam je. If diberikan nutrien, kepala lipas boleh
bertahan lagi lama. Fuhhhhh.
Okaylah, cukup untuk penjelasan ringkas dari aku. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, tanya uncle Google
sendiri. Maklumat ni pun aku dapat dari uncle Google & tambahan tu ikut kefahaman aku
masa ikut kursus BSMM. Lepas ni bila kau nampak lipas kat mana-mana, jangan gatai tangan tu nak
cabut kepala dia. Hempuk satgi & kalau kau nampak lipas tanpa kepala
lalu depan kau dengan slamber badak, jangan kau cakap tu alien tanpa kepala
pulak hahaha. Ok lah, bye!
No comments:
Post a Comment