Assalamualaikum & Hi,
“CPR tu apa?
Yang ada cium mulut tu ke?” Amboi, itu je kau ingat eh. Aku hempuk satg kang.
Ok aku terangkan secara ringkas. CPR (Cardio Pulmonary Resuscitation atau
pemulihan kardio pulmonari) adalah tindakan cemas yang dilakukan apabila
jantung & paru-paru berhenti berfungsi kira macam tak ada nadi & tak
ada nafas. CPR merupakan rawatan pertama kepada mangsa sebelum ambulans tiba
atau mangsa mula bernafas semula. CPR untuk kekalkan darah beroksigen ke otak
& organ-organ lain. CPR bukan untuk orang lemas dalam kolam ke sungai je
eh. Aku highlight kan balik, bila mangsa tiada nadi & nafas, perlukan CPR.
Actually CPR ni perlu dilakukan oleh manusia yang telah diberi latihan formal,
but if nyawa mangsa bergantung pada CPR & korang ler kena buat.
Prinsip asas CPR (DRCAB - akronim untuk
prinsip asas CPR)
D – Danger (Check sekeliling mangsa, ada
bahaya atau tak. Contoh bahaya, kayu menghempap mangsa, benda tajam
disekeliling mangsa. Elakkan menolak/ mengangkat badan mangsa untuk periksa
bawah badan sebab berkemungkinan mangsa mengalami patah tulang belakang)
R – Respons (Tepuk bahu mangsa &
panggilan “Hello, hello?” atau “Sir, are you okay?” sebanyak 3 kali kat telinga
mangsa untuk kenalpasti kesedaran mangsa. Kalau tak ada respons, dalam masa
yang sama korang mintak tolong orang sekeliling yang ada. Point kan kepada
seorang sahaja & cakap “Encik, tolong call kan 999 ambulans & laporkan
kepada saya semula. Bawa alat AED sekali jika ada. Terima kasih”. After that,
korang periksa mangsa semula sama ada dia ada lakukan 3 B ni atau tak –
Bernafas atau Bergerak atau Batuk. If tak ada, seterusnya circulation)
C – Circulation/ Compression (Langkah ni
untuk mengekalkan peredaran darah & dilakukan bila tiada nadi & nafas.
Tumit tangan (2 tangan untuk dewasa, 1 tangan untuk kanak-kanak & 2 jari
untuk baby) perlu menekan mid sternum mangsa yang sekitar 2 jari dari atas hulu
hati. Ok posisi bila lakukan tekanan is kaki korang mestilah melulut depan
mangsa antara bahu & pinggang. Jari kaki kena lentikkan. Lengan mesti
lurus, tak moh bengkok. Then gunakan berat badan korang untuk lakukan tekanan.
Tekanan mestilah sedalam 2 inchi untuk dewasa (>8 tahun), 1.5 inchi untuk
kanak-kanak (1-8 tahun) & 1 inchi untuk baby (<1 tahun). Sebanyak 30
tekanan satu kitaran)
A – Airway (Pastikan saluran pernafasan
dibuka dengan segera. Masa nak buat bantuan pernafasan mulut ke mulut, donggakkan
kepala mangsa ke belakang, tarik dagu mangsa dengan cermat & hidung dipicit)
B – Breathing (Bantuan pernafasan diberikan
jika mangsa tu tidak bernafas. Lepas saluran pernafasan dibuka, berikan 2
hembusan dalam satu kitaran)
*Satu kitaran lengkap adalah 30 tekanan & 2 kali
hembusan
Bila CPR boleh dihentikan?
-
Bila bantuan @ ambulans dah sampai.
-
Mangsa telah sedar (then buat posisi pemulihan)
-
Tak larat (Habiskan 5 cycle & gantikan
dengan individu lain)
Ok sekian dari
sis yang masih baru berjinak-jinak untuk belajar. Kalau salah, tolong betulkan
sis. Ok dah, bye semua!