Hi & Assalamualaikum,
Okay aku nak share kat korang tips rawatan
kaki terseliuh. Terseliuh pergelangan kaki ni selalu terjadi. Ha contoh dia,
bila kau tengah khusyuk menaip guna telefon sambil berjalan, ha ini padah dia. Tak apalah, semua orang buat silap haha. Okay here
are some tips, do’s & don’ts yang boleh korang aplikasikan bila terjadi kat diri sendiri, family, kawan & sesiapa je.
1.
Jangan urut – Elakkan dari terus urut kat
kawasan yang tercedera. Terus urut pada
bahagian yang tercedera/ terseliuh akan jadi lebih menyakitkan & bengkak
akan jadi lebih teruk. Urutan boleh selepas 48-72 jam kecederaan berlaku.
2.
Jangan tuam haba – Haa petua ni orang lama-lama
selalu syorkan kan? Okay, tuaman haba ni akan jadikan salur darah kita
mengembang then akan tambahkan lagi kesan bengkak tu.
3.
Jangan sapu minyak panas/ gamat (jika ada luka) –
Sapu minyak panas/ gamat pada kawasan kecederaan boleh sebabkan iritasi &
jangkitan pada luka tu. Minyak panas/ gamat hanya dibenarkan jika kawasan yang
terseliuh tu tak ada sebarang luka.
4.
Jangan abaikan kesakitan – Kalau kesakitan tu
berlanjutan & kecederaan tu makin teruk, refer pada doktor especially jika
ada kebas-kebas jari & luka.
5.
Perlu rehat – Kurangkan pergerakan sendi yang
tercedera dan tak gunakan kaki yang terseliuh untuk berjalan. Maksudnya gunakan
tongkat ketiak, tongkat lengan atau kerusi roda eh. Bukan suruh korang terbang
hehe.
Tips kecederaan otot/ tisu : R.I.C.E
R – Rest (Elakkan bahagian yang baru lepas terseliuh dipusing-pusingkan atau main lompat-lompat)
I – Ice (Tuam bahagian yang terseliuh tu dengan tuaman ais. Balut ais dengan menggunakan kain,
elakkan letak ais secara direct)
C – Compression
(Balut dengan bandage atau pakai ankle protection (jika kaki terseliuh))
E – Elevation (Tinggikan
kawasan yang terseliuh tu daripada paras jantung, letak bantal or something)
Okaylah, aku harap info ni berguna untuk kita semua. Bye bye!
No comments:
Post a Comment